Sunday, August 29, 2010

Sepotong ayat itu

Mataku terbaca sebaris ayat yang begitu terkesan dihati hari ini. Ku cuba mendalami dan ternyata ada benarnya segala yang dimaksudkan pernyataan itu. Hati ini sama sekali tidak dapat menidakkan pernyataan itu kerana ianya terlalu jujur dan tulus. Namun diri ini teramat sukar menerimanya. Adakah itu petanda aku tidak jujur.?? dan aku tidak tulus.?? Berkali ku cuba menafsir makna disebalik sepotong ayat itu walau ia tidak terlindung sebarang makna yang terselindung. Biarkanlah, ada apa dengan pernyataan itu, mungkin dalam sekelompok manusia hanya sebahagian kecil sahaja yang benar-benar menjadikan pernyataan itu sebagai panduan dalam menyelusuri hidup mereka. Tapi mungkinkah aku akan turut tergolong dalam kelompok sebahagian kecil itu.?? Jauh disudut hati aku menafikan sekeras-kerasnya namun hatiku seolah-olah turut membisikkan sesuatu agar aku meyakini. Sepotong ayat itu mengganggu seharian hidupku dan mungkin memberi kesan pada kehidupanku yang mendatang. Segala pilihan ditanganku, aku berhak menentukannya.

No comments:

Post a Comment