Jam sudah hampir mendekati 2 pagi. Aku masih disini, memikirkan perihal diriku yang seakan lemah berdiri seorang diri. Aku tak lari dari sifat manusia yang mahukan keselesaan dan kebahagiaan dalam hidup mereka, namun keluhan 'tak mampu' acap kali berlegar diminda. Aku hanyalah berkelulusan diploma dan hidup dalam keluarga yang sederhana. Kini usiaku mencecah 21 tahun, aku punya minat untuk mendapatkan segulung ijazah, tapi faktor masa merencatkannya. Jurang waktu 4 tahun bagi mengejar segulung ijazah terlalu lama bagiku. Dengan hutang RM15,000 masih belum langsai semasa aku mendapatkan diploma, mana mungkin aku sanggup membiarkan nilainya mencecah RM50,000 bagi mengejar ijazah. Mungkin perjalanan pendidikan berhenti stakat diploma sahaja kerana aku telah menemui pekerjaan. Impianku mungkin diabaikan walaupun ahli keluarga kerap memberi rangsangan untuk menyambung belajar. Rakan-rakan sering memberiku peluang. Fokusku kini berpecah kepada dua bahagian, aku dan keluargaku. Bagaimana mungkin dapatku realisasikan keduanya sedangkan aku punya perancangan hidupku sendiri. Ahh, aku makin lemah, kekuatan yang kucari seakan telah pudar. Hidupku dipenuhi tekanan, aku mula menjadi pendiam, ahli keluargaku seakan org asing bagiku. Dimanakah silapnya.??
penyelesaian

No comments:
Post a Comment