Monday, August 9, 2010

Perlukah cinta

Adakah dia gadis yg kuimpikan..?? Disaat cinta mula disemai, kasih mula dipaut, tp hati ini terasa makin jauh. Logikkah untukku mengatakan dirimu terlalu sempurna untukku, aq terlalu kerdil dibanding denganmu. Mampukah aku menyatakan dikala hati ini amat sukar membenarkannya. Aku makin keliru, aku mahukan syurga cinta, tp aku tak layak mendapatkan cinta kerana aku insan hina. Aku tak mahu dirimu terus turut terjerumus dalam cinta yang mungkin menemui noktah ini. Namun mampukah aku menerima kehilanganmu.?? Aku terlalu mementingkan diri sendiri, tapi disebalik sikapku ini aku mengharapkan yang terbaik untukmu. Salahkah aku untuk meletakkan masa bagi menentukan segalanya.?? Amat perit bagiku, aku hanya mampu merahsiakan segala isi hati ini demi menjaga cinta kita. Segala apa yang kau lihat padaku hanyalah keindahan mawar yang mewangi, namun durinya telah melukakan hatiku ini. Patutkah aku melepaskan cintamu dan hanya mengejar cinta pada Yang Esa. Persoalan ini kerap berlegar diminda, tp tetap tidak menemukan jawapan, atau mungkin aku yang sengaja tidak mahukan jawapan. Kegilaan apakah yang melanda diriku ini.?? Dalam kekuatan pohon cinta kita terlindung dahan yang agak rapuh merintih mahu disemai. Maafkan aku sayang jika aku pernah melukakanmu.....

1 comment:

  1. kalau tuhan mahu mengambil hatinya kembali dan mahu menjaganya..siapalah aku untuk menghalang..malahan akan ku cuba mencari bahagia hanya dengan merindunya..tetapi janganlah tinggalkan aku sendirian..ku pinta tuhan ambil dan jagalah juga hatiku yang telah jauh dari-Nya ini...aku tidak pernah meminta dia mencintai aku lebih dari-Nya..Bahkan..aku redha jika dia meninggalkan aku demi mencari cinta-Nya..aku tahu,aku dan dia mungkin tidak mampu mencari jawapan atau membuat keputusan..tetapi jika hatiku dan hatinya kuat..tuhan akan tentukan yang terbaik..

    ReplyDelete