Monday, August 9, 2010

Masa silam

Jika kesilapan lampau mencacatkan kehidupan mendatang,
adakah ia dapat diperbetulkan..??
Sering kali terdengar 'semalam adalah sejarah',
adakah mungkin sejarah tidak akan berulang..??

Itulah perkara yang sering kufikirkan, penyebab kemurungan dan hilangnya keyakinan pada diri sendiri. Perlukah aku memberontak.?? Meluah segala isi hati dengan amarah dan linangan air mata. Tapi itu bukan aku kerana bagiku biarlah ia terus bernanah asalkan tiada hati lain yang terluka. Namun itulah penyebab aku selalu tewas menghadapi dugaan. Orang sekeliling menganggapku insan ceria yang terhindar dari masalah, tapi itu tidak mencerminkan diriku yang sebenar. Jiwaku umpama tong sampah yang diisi dengan longgokan masalah, mindaku umpama vakum yang menyedut segala kebimbangan dan diriku mencari erti yang tiada pengertian.

No comments:

Post a Comment