Jasad kaku
Jantung umpama meteor yang mahu menghempas bumi
dan lidah kaku seperti ais yang membeku
Namun digagahkan juga diri ini untuk mendengar segalanya
Penjelasan, pengakuan
Itu yang dituntut oleh sanubari
Sedang hati masih termangu gagal merungkai belenggu
Terdengar sayup suaramu
Setiap kata dirasakan hambar
Seakan dapat mengagak bicara yang bakal mengundang
Seakan dapat mengagak bicara yang bakal mengundang
Dalam ketidaktentuan perasaan
Terus menerus jawapan ditagih
Sekadar ingin merungkai simpulan dalam perhubungan
Sedang minda terus berkecamuk dengan pelbagai kesimpulan
dan jiwa meronta ekoran firasat yang berbaur
Maafkanlah
Jika hatimu pernah terluka dengan sikap sambil lewaku
kerana aku lalai dalam menilai perasaanmu
Maafkanlah
Jika dirimu terasa hati dengan luahan rasa serta kata-kataku
kerana aku lupa ada sekeping hati yang istimewa akan menelannya
Ego ku acap kali memakan diri
Namun
Tak akan putus usaha memperbaiki diri terus menerus memahami
Mengukuhkan perasaan yang diimpikan utuh
Meluaskan empayar melangkaui sempadan
Usahlah ragu
Kerana cintaku tercipta untukmu
No comments:
Post a Comment