Perasaan miliki banyak rahsia
Hanya dapat dicungkil melalui perlakuan, kata dan pandangan mata
Ia terlalu unik sehinggga kadang sukar mengerti
Kerap terlindung tanpa sebarang tanda
Jika tiada ikhlas dalam menatijahkan perasaan
Pasti subur sifat hipokrit dan suatu yang penuh syak wasangka
Perasaan itu bersumberkan hati
Disitulah tempat lahir dan tumpahnya rasa
Yang berkata kuncikan ikhlas semata-mata
Namun
Terlalu banyak perasaan yang dipendam didunia ini
Adakah perasaan itu umpama bunga
Menanti detik paling sempurna untuk mekar dan melempiaskan harumannya
Dan jika itulah konsep sebenar perasaan
Wujudkanlah perasaan itu hanya pada yang berhak
Luahkannya hanya pada yang layak
Kerana luahan perasaan itu akan menghadirkan sesuatu yang amat indah
Teramat indah..
perasaan ni memang susah nak faham...
ReplyDeletehehehe....
follow me ok...
http://haezahilmuna.blogspot.com/